Lokasi/Location

Umang-Umang Chalet ( Hermit Crab Chalet )
Lot 602, Batu 31, Bukit Darat,
 Pantai Kuala Linggi,
 78200 Kuala Sungai Baru, MELAKA

Panduan untuk sampai ke lokasi ini:-

1.0  Dari Utara melalui PLUS HIGHWAY (Exit Tol Pedas Linggi)


Dari Kuala Lumpur, melalui PLUS Highway, exit Tol Pedas Linggi. Lepas sahaja tol plaza anda akan jumpa simpang tiga.

Belok ke kanan ya.
Ke kiri, anda akan pergi ke Rembau dan Pedas. Anda belok ke kanan menuju Pekan Linggi. Teruskan perjalanan anda sampai lebih kurang 11 km, anda akan jumpa simpang tiga.

Sila belok ke kanan.
Di hadapan anda ialah sebuah klinik kerajaan. Belok ke kanan menuju Pekan Linggi. 1 km sahaja dari simpang tiga ini. Anda akan seterusnya jumpa simpang tiga di kawasan pekan.

Sampai di sini please take a left turn ( belok kiri le )

 Anda belok ke kiri. Teruskan perjalanan anda sehingga anda melalui pekan kecil Pengkalan Kempas. Di pekan ini anda akan jumpa Tapak Sejarah Pengkalan Kempas di sebelah kanan anda.


Tapak Sejarah Pengkalan Kempas. Kalau ada banyak masa bisa saja singgah di sini untuk melawati tapak sejarah Batu Mangelit. ( 5km dari Pekan Linggi )

 Anda juga akan jumpa jeti untuk memancing menyusuri Sungai Linggi di kiri anda. Famous untuk pancing udang galah.


 Teruskan perjalanan anda sehingga anda menjumpai simpang Tanjung Agas. Belok kiri. Jarak perjalanan 15km dari Pekan Linggi.
Papan tanda ALAM sebagai mercu tanda yang jelas.
 Sekiranya anda terlepas daripada simpang ini, jalan ini akan membawa anda sampai ke Pekan Pasir Panjang dan seterusnya ke Port Dikson.

Perjalanan lebih kurang 5 km, anda akan jumpa Jambatan Tanjung Agas Merentasi Sungai Linggi. Di kiri anda, anda akan lihat gerai makan dan jeti memancing. Seberang Sungai Linggi ialah Negeri Melaka.




Jeti memancing dan tempat rehat. Ada gerai untuk membasahkan tekak dan alakad.


Lepas pintu utama Nusa Dusun, anda akan nampak
                 papan tanda DIY ni. Dah dekat la tu.. Anda teruskan
perjalanan lebih kurang 700m, anda akan jumpa simpang tiga.



 Dah sampai Simpang Tiga ni, ke kanan anda akan sampai ke Kampung Nelayan Kuala Linggi di mana di kawasan ini terdapat kawasan bersejarah Fort Supai, Chalet-chalet untuk di lawati dan restoren terapung. Juga terdapat kawasan untuk mandi pantai bersama keluarga, pancing dan makan-makan sambil santai serta mengambil gambar terutamanya diwaktu sun set atau sun rise. Sangat indah kerana kawasan ini masih belum terdedah sangat dengan pelancung.

Ada lagi papan tanda DIY Umang-Umang Chalet kat simpang tiga ni. Ni dah dekat sangat la ni.
Belok kiri. Masuk aja kiri anda akan nampak papan tanda Umang-
Umang Chalet DIY sebelah kanan anda. Lorong sebelah kanan ni terus masuk.800m dari sini
dah pun sampai ke Umang-Umang Chalet. Ikut aja tiang lampu TNB sepanjang jalan.

 Papan tanda DIY menuju ke Umang-Umang Chalet

Ha, ni la dia pintu utama Umang-Umang Chalet. You all are most welcome.
dah masuk Umang-Umang Chalet baru le jupa pantai
Umang Umang Chalet.

Kalau perlu kepastian , call aja hp no tertera. Map ni pun mungkin dapat membantu.




         2.0  Dari Selatan melalui PLUS HIGHWAY ( Exit Tol 
             Tampin, Alor Gajah, Simpang Ampat. )
          
                    Exit tol plaza anda belok kiri menuju lampu isyarat Simpang Empat (1.7km dari tol plaza ). Ke kiri, anda akan ke A'Famosa Resort. Terus kehadapan, anda akan ke Alor Gajah. Teruskan perjalanan anda dengan belok ke kanan. Ikut arah papan tanda ke Brisu, Lubuk Cina.


                                          Keluar tol plaza belok kiri.
                                          1.7 km simpang empat lampu isyarat belok kanan menuju Brisu, Lubuk Cina.

Lebih kurang jarak perjalanan 4.7 km anda akan jumpa simpang tiga menuju Tanjung Bidara. Teruskan perjalanan anda ke hadapan menuju ke Brisu. Anda akan seterusnya jumpa Simpang Tiga Dusun Paradise

 Teruskan perjalanan anda kehadapan menuju Lubuk Cina. Anda seterusnya akan jumpa simpang empat berlampu isyarat. Teruskan lagi perjalanan kehadapan sehingga menjumpai satu lagi simpang empat berlampu isyarat. Belok ke kanan anda akan ke Lubuk Cina. Teruskan perjalanan anda kehadapan, anda akan jumpai simpang tiga Kuala Sungai Baru.
                                          Simpang empat berlampu isyarat.
                                          Satu lagi simpang empat berlampu isyarat
                                         
                                          Simpang tiga ke Kuala Sg Baru  dan Kuala Linggi

Teruskan perjalanan anda menuju ke pekan Kuala Sg Baru sehingga anda akan sampai ke pekan ini di mana di hadapan anda, anda akan sampai ke simpang tiga Pekan Kuala Sg. Baru. Jarak perjalanan anda dari tol plaza lebih kurang 28km. Anda teruskan perjalanan anda dengan belok ke kanan sehingga jumpa papan tanda simpang ke Port Dikson. Jarak perjalanan 8 km dari Pekan Kuala Sungai Baru. Melepasi sedikit papantanda ke dua, iaitu sebelum simpang menuju ke Port Dikson, anda belok ke kiri. Anda memasuki jalan kecil diantara rumah penduduk setempat, akan membawa anda ke lokasi Umang-Umang Chalet. Jarak keseluruhan perjalanan anda dari tol plaza anggaran 35 km. Selamat datang ke Umang-Umang Chalet. Semuga perjalanan anda berjalan lancar dan selamat.
                                          Simpang tiga Pekan Kuala Sg Baru
          Salah satu land mark di sebelah kiri anda. Jarak perjalanan 2 km sebelum
                                sampai ke lokasi.


Papan tanda Umang-Umang Chalet .1.5 km untuk sampai ke chalet


                                          Papan tanda 500m ke simpang ke Port Dikson.

                               50m sebelum sampai ke Simpang ke Port Dikson anda akan lihat
                               papan tanda DIY Umang-Umang Chalet ni. Masuk kelorong kecil ini untuk
                               ke Umang-Umang Chalet. Ikut sahaja tiang lampu TNB insyaalah anda
                               akan sampai ke U2C. 800m dari simpang jalan masuk ni.


                               Sekiranya anda bernasib baik, anda akan menemui sekumpulan monyet liar
                               di tepi jalan berdekatan jalan masuk ke Umang-Umang Chalet. Pokcik jumpa
                                group ni makanya pokcik ambik gambar dan tempek di sini.

                               Dah pun sampai ke pintu utama Umang-Umang Chalet. Masuk dulu
                               baru sampai tepi pantai Umang-Umang Chalet.Jangan malu untuk
                               ke pejabat cum restoran. Tak mendaftar pun tk pa.. minum
                               sambil tengok ombak pun ok. You all are most welcome.

                               Lagi berkemuskilan, boleh sahaja reffer Google Map
                              dan location maps di bawah ni.








View Larger Map