Sembang Santai

Sudah 1 tahun tak dapat bersembang . 9hb September 2013 ada sedikit coretan yang dicedok dan diceritakan semula  di  Halaman Sembang Santai 

Gambar saja-saja. Tidak berkaitan dengan sesiapa yang 
masih hidup atau yang dah meninggal dunia



Alkisah diceritakan oleh kawan-kawan bahawa sahibul hikayat menceritakan dengan sepenuh hati,terdapat seorang budak yang miskin sangat-sangat datang dari negara maju sebelah barat.Kerja mencuci kasut.Siang malam berusaha amat-amat keras kerana ada semangat yang amat kuat untuk berjaya dalam hidup. Menyimpan duit mencukupi sambil bekerja sambil belajar hingga sampai kemenara gading dalam bidang Akaun. Siang malam bekereja mencari pengalaman berkerja dengan syarikat besar. Dah nampak macam nak berjaya lah kan. Seterusnya kalau nak betul betul kaya raya mesti bukak perniagaan sendiri. Kerja siang malam tiada rehat bertahun-tahun sampai dah jadi kaya raya yang amat sangat. Sikit kurang dari Bill Gate saja. Harta sudah tidak terkira banyaknya sehingga mencapai umur persaraan 60 tahun tersangat penatnya berniaga siang malam tanpa fikir untuk rehat barang sehari dua. Maka berazam untuk lupakan susah payah mencari harta  barang seketika dengan melarikan diri melancung ke tepi pantai  jauh dari internet, surat kabar, hp, tv dan segala gala gadget modern yang membelengu kehidupan harian manusia. 

Maka melancunglah dia ke Pulau si Kunang Kunang, sebuah pulau yang amat indah dan nyaman. Dalam percutian berjumpalah pula dengan nelayan muda yang hari-hari diperhatikan olehnya asyek melepak di warong / pub sambil berhibur, seolah-olah tidak indahkan dunia luar yang amat mencabar lagaknya ini.

Maka saudagar pun berinteraksi dengan pemuda ini dan memberi nasihat untuk mempunyai visi, misi dan target dalam hidup untuk meningkatkan ekonomi sehingga boleh menjadi kaya raya mecam beliau.Di peturunkan juga stretigi, missi, visi, kpi, teknik 5s, blue ocean , pivot table, QCC, Iso dan lain-lain teknik yang beliau telah lalui untuk menjadi saudagar seperti sekarang.Maka tercengang tercengang nelayan muda mendengar dengan penuh teliti saranan saudagar tadi..Setelah selesai berseminar dan kursus motavasi percuma yang diberikan oleh saudagar tadi maka pemuda tersebut bertanya secara bodoh..>>>

Umur tuan 60 tahun dan sudah kaya raya baru dapat bercuti bersama saya disini sedangkan saya hari-hari bercuti disini walaupun umur saya baru 25tahun..

60 tahun umur persaraan ni agak-agak ok ke dak ni......???



Halaman ini akan Pokcik updale setelah dapat mengumpul bahan-bahan untuk dikongsi bersama. Please scroll down to view latest update.


( 26/09/2012 )

Dalam pencarian via internet terserempak gambar gambar penenang fikiran untuk di kongsi bersama. Kesimpulanya bukan semua yang kita fikirkan benar adalah absolute benar dan bukan semua yang kita fikirkan salah adalah absolute salah. Zaman berubah dan teknologi berubah begitu pantas. Kekadang pcb fikirkan pesepsi boleh menjadi senjata yang amat berkesan untuk menipu minda kita, terutamanya di zaman internet , informasi di hujung jari dan tiada sempadan. Bila membuat catatan seperti ini,  teringat masa dulu gunakan Stencil Cutter, kemudian buat master copy, letak dakwat hitam dan pakai roller untuk buat banyak copies. Habis tangan kotor dek dakwat tersebut. Sekarang potostat nak berapa juta copies pun boleh di laksanakan dalam beberapa minit aja. Just looking back at things...Pcb cuba bayang kan mana mungkin pcb dapat merapu disini kiranya teknoloji stensil masih diguna pakai hingga kini? kerana apa, ? kerana kemalasan manusia untuk berfikir mancari teknoloji baru dari masa kesemasa.. Wallahhuaxlam...


 

 

(3hb. September 2012)

Agak lama tak berkesempatan untuk sembang.. Along the way ramai pengunjung sudah menginap di Umang Umang Chalet.Cuti Hari Raya, Cuti Hari Merdeka dan comming Cuti Hari Malaysia memungkinkan rakyat Malaysia bercuti sambil beriadah bersama keluarga . Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan tali persaudaraan dan permuafakatan diantara keluarga terdekat..

Rakyat Malaysia amat bertuah kerana banyak cuti umum diperuntukan simply because Malaysia bumi bertuah ini dihuni oleh berbilang kaum dan bangsa dengan pelbagai hari sambutan.Walaubagaimanapun dalam merenung jauh dan sembang santai dengan pengunjung dari pelbagai lapisan umur dan latarbelakang, pcb dapat simpulkan bahawa pendidikan/ilmu pengetahuan telah banyak merubah pandangan dan cara hidup manusia serta kemajuan sesuatu bangsa dan seterusnya negara. Seorang kawan yang datang melawat pcb mempunyai pandangan seperti berikut. Pcb coretkan untuk sembang kosong dan renungan.

Daripada 10 orang berpendidikan tinggi, 9 daripadanya akan berjaya dalam semua  bidang yang diceburinya tetapi daripada 10 orang yang tidak berpendidikan tinggi hanya seorang sahaja yang berkemungkinan akan berjaya dalam bidang yang diceburinya.Walaubagaimanapun pcb pernah terbaca, di US out of 30 billioair 70% tak pernah jejak universiti. Betul ke tidak tak taulah nak kata..

Ada juga pcb sembang santai dengan satu tauke yang pernah muplis. Apa pula katanya.
''Selagi saya duduk Malaysia saya tarak takut untuk tidak berjaya" Kalaupun hari ini tak ok , satu hari nanti mesti ok. yang penting terus berusaha dan terus berusaha. pcb tengok sendiri macam mana tauke in sapu chat, buat pendawaian letrik sapu sampah dengan anaknya di masa zaman susahnya... Lately setelah komplek pasaraya kepunyaan tauke ni yang pernah ditutup yang kemudianya disewa oleh Pasaraya Gient, keseluruhan kawasan dan rumah-rumah kedai yang dipunyai oleh tauke ni semakin maju.

Panjanglah pulak sembang santai kali ini.. Sebenarnya pcb nak tempel gambar saudara ini cari umpun-umpun pasir di gigi air pantai Umang Umang Chalet..Teknik-teknik yang dipraktikan untuk sesuatu aktiviti seperti ini perlu didokumantasikan supaya ianya tidak hillang ditelan zaman. 

Masa paling sesuai mencari umpun-umpun ni ialah dimasa air menuju pasang penuh. Caranya dengan menabur dedak makanan ayam yang sudah dicampur dengan air, kemudian di tabur dikawasan gigi air. Umpun-umpun pasir akan muncul dari lubangnya. Secepat kilat kena cubit kepala umpun-umpun tadi dan ditarik keluar. Kegunaan umpun-umpun pasir??????. untuk umpan memancing pantai atau umpan  memancing udang galah Sungai Linggi.


 Melalui sembang santai pcb dengan saudara ni, kalau tidak ada kemahiran sukar untuk dapat cari umpun-umpun ni.Lebih mudah beli saja..banyak terjual di tepi jalan Pantai Pengkalan Balak.



Pcb dapati ramai juga tak pernah lihat dan tau apa itu Umang-Umang..Secara ringkas umang-umang memang banyak terdapat di chalet Umang-Umang Chalet ni.. Itu lah sebabnya pcb namakan chalet ni Umang-Umang Chalet.

                               Ni lah dia gambar Umang-Umang,
                               bukan kunang kunang atau umpun-umpun. 
Umang-umang tidak mempunyai chengkerangnya sendiri. Untuk melindungi badanya yang lembut, umang-umang meminjam kulit siput yang dah mati untuk dijadikan chengkerangnya. Makanya umang-umang sentiasa bertukar chengkerang untuk menyesuaikannya dengan pembesaran tubuhnya. Samalah kaedahnya dengan pengunjung Umang-Umang Chalet. Mereka datang dan pergi.. Sekiranya mereka dapati Umang-Umang Chalet ok mereka akan datang semula. Makanya amat bersesuaian sekiranya pcb sentiasa menambahbaik Umang-Umang Chalet dan bena serba sedikit bilik yang lebih besar dan lebih selesa untuk masa akan datang sekiranya ada rezeki, supaya tetamu sudi datang semula untuk menginap di Umang-Umang Chalet.

Itulah serba sedikit pelajaran yang diperolehi daripada pengamatan benda-benda anugerah Allah yang terdapat disekeliling kita yang boleh dikongsi bersama. Pendidikan melalui pengamatan.



12hb. Jun 2012

Sudah sekian lama PCB tidak update halaman ini.. Kesibukan persiapan pembukaan chalet membuat semua yang terlibat kesuntukan masa. Well.. ada sedikit kelapangan untuk mencoretkan sedikit angan-angan dan visi sekiranya ditakdirkan panjang umur dan dimurahkan rezeki;;;;;; Koleksi gambar mencuit minda PCB... well kalaulah boleh diterapkan di kawasan Umang-Umang Chalet alangkah indahnya ??????

PCB percaya setiap angan-angan disertakan doa tulus ikhlas termasuk tumpuan 110% " How small it is you got to start some where..If is not ianya hanya tingal dalam minda atau paling-paling pun di helaian kertas rekabentuk atau catatan sahaja."


                                  Dream resort ....


                                  Dream SPA along beach front U2C


                                  Dream Infinity pool........May be future U2C        


                                  Gambar penyedap mata

                                  Local resort


                                  Yang ni tak ingat ..quite cool..


                                  Penyedap mata

                                  Local resort

                                  Desert resort...

                                        Well.. tak tau apa nak kata

                                  Yang ni Pantai U2C.. macam tak banyak beza aja...

                                  Macam sesuai diterapkan untuk U2C.


                                  U2C Restauran need further improvement may be a bit of hard scape

                                  U2C untuk tatapan

                                  U2C dengan pengunjung


                                  U2C Hall ..diff angle

                                  U2C beach front.. from diff...angle.



Halaman ini diwujudkan untuk mencatit apa-apa jua gambar-gambar berserta hasil temubual yang di perolehi di sekitar Umang-Umang Chalet. Oleh kerana lokasi chalet di kawasan kampung di Negeri Melaka, maka pantun dan gurindam berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu setempat akan juga diselitkan untuk tatapan.

 Dondang Sayang dan pantun berkait rapat 
Cencalok dan belacan hidangan kayangan
Gula Melaka senang didapat
Umang-Umang Chalet Menggamit Kenangan.

(Data-data mengenai nama dan catatan-catatan lainnya sebahagian besarnya bersifat setempat. Mohon bantuan ulasan kalau ada data-data yang tidak tepat dalam halaman ini.)
( Everyone is most welcome to comment on articles written in this page ) 

1.0  Gambar Hiasan Umang-Umang
      (Hermit Crab sample pictures)





 2.0 Spesis ikan terdapat di Pantai Umang-Umang Chalet
( Species of fish found in the open sea in front of Hermit Crab Chalet )
Julai 2011
            Spesis ikan dipancing di kawasan pantai chalet. Masih tak tahu apa nama ikan ini. 
                      (Species of fish caught at the lagoon in front of the chalet.Still can't find info with regard 
                        to the species name ) 

                                                          3.0  Belangkas
                                                              ( King Crab )   
August 2011
( Spesis zaman purba ). Sepasang belangkas ditemui dipersisiran pantai chalet ketika air laut pasang penuh.Kebiasaannya ekor belangkas akan terjulur dari permukaan air dan ianya menandakan belangkas ada di situ. Boleh ditangkap dengan menggunakan tangan kerana ianya bukan binatang berbisa dan tidak mempunyai sepit yang boleh mencederakan. Yang paling istimewa berkaitan dengan belangkas, pada kebiasaannya ianya ditemui berpasangan. Makanya ada pepatah Melayu mengatakan " Seperti Belangkas " sentiasa berpasangan dan berkepit kehulu kehilir setiap masa.Yang besar betina dan yang kecil jantan. Betina biasanya mempunyai telur. Setengah orang gemar makan telur belangkas.

( Pre historic animal ) King Crab found on the beach during high tide. Usually the tail will protrude up and can be visualise quite easily.Can be caught by bare hand. No claws and therefore will not hurt you. Always in pair where the female is larger then the male. The female usually carry eggs inside the shell. Some people like to eat the egg.)


               4.0   Umang-Umang banyak terdapat
                      di kawasan Pantai Umang-Umang Chalet
                     ( Hermit Crab can be found on the beach of Hermit Crab Chalet)
 August 2011
Umang-Umang mudah ditemui di kawasan Pantai Umang-Umang Chalet. Makanya nama chalet diambil sempena nama haiwan ini.Tidak mempunyai cengkerang sendiri untuk melindunggi abdomennya. Abdomen umang-umang berkulit lembut, manakala badan, kaki, kepala dan sepitnya pula bercengkerang keras. Untuk melindungi keseluruhan strukturnya, umang-umang meminjam cengkerang siput yang telah mati. Makanya ada pepatah mengatakan " Hidup Seperti Umang-Umang " membawa maksud kehidupan yang sentiasa menumpang pada orang lain. Boleh ditipu untuk keluar dari kulit yang dipinjam dengan mengikat kulitnya supaya tidak terlepas. Tabur cebisan ikan di hadapan umang-umang tersebut. Demi mengejar makanan umang-umang sanggup mengambil risiko meninggalkan kulitnya. Maka kita akan dapat melihat struktur umang-umang bogel. Umang-umang bogel boleh dijadikan umpan untuk pancing ikan sembilang laut atau gemang. Itupun kalau anda sampai hati nak cangkuk mata pancing kat umang-umang hidup ni le. Very interesting.

(Hermit Crab can be found quite easily on the beach of Hermit Crab Chalet. The chalet obtained her name from this animal. Hermit Crab doesn't has its own shell to protect its own  body. With soft abdomen and hard upper part of the body, hermit Crab protect itself by occupying dead sea snail shell.  One can trick hermit crab from abandoning its shell by tying its shell to a heavy object. Offer bit and pieces of fish in front of the to hermit crab. The hermit crab will abandon the shell in no time.living the shell behind. Very greedy indeed. Willing to take such risk. Then only you can visualise nude hermit crab.Some said nude hermit crab is good for fishing bait, especially when you are trying to fish sea Cat Fish. Very interesting) 


                                            5.0  Pokok Berembang/ Pokok Bidara
                                                   ( Berembang / Bidara Tree )
              
 Pokok ini tumbuh di kawasan pantai yang dinaiki air ketika pasang. Tinggi maksima hanya dalam lingkungan 20 kaki sahaja. Dari spesis bakau, dimana akar rambut keluar dipermukaan tanah berair.
Pantun old school ada mengatakan" Buah Berembang Buah Bidara. Mari letak dalam dulang. Buang emak buang saudara. Kerana kasih saya turutkan".

Dikhabarkan buahnya boleh dimakan begitu sahaja. Barang tentu kalau ianya dah masak le. Mewujudkan kawasan anak ikan bermain dan ikan pemangsa seperti siakap dan sembilang memburu untuk santapan. Jaring tidak dibenarkan di pasang dikawasan ini. Pancing boleh. 

6.0   Pokok Berembang
                                                   ( Still not gotten the name of the species )
August 2011
Pokok yang tumbuh dikawasan Pantai Umang-Umang Chalet. Masih mencari data tempatan dan data saintifik mengenai pokok ini.
(Species of tree grown on the silt of Hermit Crab Chalet. Still searching local and scientific name for the tree. Quite interesting)


                                7.0  Pokok Bodek.
                                      ( Bodek Tree )


Pokok ini kebiasaannya tumbuh di tepi Pantai Selatan Semenanjung. Tidak mempunyai akar tunjang dan akarnya boleh menjangkau sehingga lingkungan 50 meter dari batang pokok. Mudah tumbang tetapi tidak akan mati. Amat unik kerana getah kulit dari pokok ini berwarna biru. Sebahagian besar Pantai Umang-Umang Chalet dipenuhi pokok ini. Kerendangannya melindunggi pantai dari bahang terik Matahari. Belum jumpa lagi gurindam, pantun atau bidalan dikaitkan dengan pokok ini. Tapi frankly nama pokok ini kurang menarik. Kena cari sejarah kenapa nama sedemikian diberikan untuk pokok ini.


                                           8.0   Pokok Mengkuang Laut
Pokok Mengkuang Laut amat cantik untuk dijadikan pokok hiasan senitaman.Tidak pasti daun sepisis ini boleh dibuat tikar mengkuang atau tidak. Yang pasti pantun orang dulu-dula yang dikaitkan dengan pokok ini berbunyi demekian.

Kajang Pak Malau Kajang berlipat,
Kajang hamba MENGKUANG lalu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba terbuang lalu,

Timbul pertanyaan yang amat menarik untuk didiskusikan. Filem old school Pak Malau dikaitkan dengan kata-kata ini. Pelakon utama Almarhum Nordin Ahmad. Berselindang kain pelikat di bahu dan berlilit Good Morning Towel di kepala. Tak pasti juga Good Morning Towel dan senglit Pagoda sudah ada di zaman itu. Masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita. 

9.0  Pokok Nibung
Pokok Nibong banyak terdapat di kawasan pantai yang mempunyai tanah berlumpur. Jenis pokok palma yang tumbuh meliar di kawasan pantai juga di kawasan hutan tropika. Batang nibong amat berguna untuk bahan binaan kreatif. Digunakan juga untuk membuat tiang jeti, struktur membela kupang dan kelong di laut kerana ketahanan batang nibong ialah apabila ianya sentiasa terendam dalam air masin. Dikhabarkan oleh penduduk setempat hanya batang nibong yang telah berbunga sahaja mempunyai nilai untuk dibuat bahan binaan. Pokok ini mempunyai duri pada batang dan pelepah daunnya.Duri nibong amat bisa kalau tertusuk pada anggota badan. Makanya bidalan berkaitan nibong berkait rapat dengan duri dan semilunya. Beluam jumpa lagi bidalan berkaitan nibong. Nak cari info dari penduduk setempat. kemudian baru dituliskan di sini


                                   10.0   Pokok Jambu Air
 Nama yang diberi oleh penduduk setempat. Nama saintifik belum diperolehi lagi. Nama ini tidak semestinya sama ditempat lain. Nama yang sama juga digunakan untuk pokok lain yang tumbuh di tepi Sungai Pahang terutamanya di tepi Sungai Tembeling. Struktur pokok jambu air di Sungai Pahang amat berbeza sekali. Mempunyai buah yang boleh dimakan dan menjadi makanan kegemaran banyak ikan bersisik apabila buahnya jatuh ke dalam sungai. Pokok Jambu Air yang terdapat di Pantai Umang-Umang Chalet tidak  mempunyai buah yang boleh dimakan. Batangnya tinggi lurus mencecah awan. Bidalan le. Tidak le sampai mencecah awan bebenor macam KLCC Twin Tower.


                                         11.0  Pokok Mengkudu                                       

Pokok ini berdaun lebar dan mempunyai buah seperti dalam gambar. Tumbuh liar dikebanyakkan kawasan kampung dan juga hutan. Terdapat dua batang pokok ini di  kawasan restoren Umang-Umang Chalet.Tak silap buahnya boleh dijadikan jus untuk minuman. Rasanya maung sedikit. Dikatakan mempunyai medical value. Biasalah seperti darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi. klau begitu mujarab susah doktor cari makan weeeii. Oleh sebab pokok ini berdaun besar dan banyak terdapat di kawasan kampung, orang kampung daulu-daulu mengambil daun muda pokok ini, layurkan atas api, kemudian tepekkan diperut bayi. Boleh mencegah kembong perut. Syarat paling ketat perlu dipatuhi. Tolong tunggu daun sudah sejuk baru boleh guna untuk tampal pada perut bayi. Yang lebih mudah cari aja minyak untuk kembung perut yang banyak dipasaran.Males nak sebut jenama minyak tu pulak.Nanti iklan free la pulak.

                                          12.0  Ikan Belanak
Ikan ini terkena jaring yang dipasang di kawasan Pantai Umang-Umang Chalet. Paling sedap rasanya kalau digoreng begitu sahaja atau goreng berlado. Sekiranya terkepong ikan ini mempunyai kekuatan untuk melompat keluar dari halangan.  Ada teknik memancing ikan ini yang dikabarkan, iaitu dengan mengunakan umpan roti jenama Gar...ner atau umpan dedak. Dengan mata pancing yang paling halus ( no.6- hingga no.12 ) berserta joran ringan serta panjang. Tali joran juga max 12 lb sahaja. Cara pancing secara hulur ke lokasi dirasakan ada ikan ini sedang berenang. Kalau cara baling, gunakan pelampung. Jarak mata dengan pelampung anggaran 1 kaki sahaja. Campak tentulah di kawasan dimana belanak sedang bersantai. Kita dapat lihat ikan ini berkumpulan dipermukaan air ketika berenang. Disitulah kita lontarkan umpan tadi. Kalau ada rezeki bolehlah seekor dua. Ada sejenis umpan yang juga telah berhasil menaikkan ikan ini. Kalau tidak ada perasaan geli, umpan ulat terdapat pada ikan busuk ..alah kalau ulat ini dah matang ianya bertukar jadi lalat..nama tak ingat le.. Ini juga boleh digunakan sebagai umpan mujarab untuk memikat ikan ini. Pokcik tak berani le jamin..Tak dapat kalo salahkan pokcik la pulak. Rupa-rupanya ikan belanak ni ada 20 spesis. Dari sekecil 6 inchi panjang sampai ada yang 3 kaki panjangnya. Di negara jiran kita ikan ini dianggap ikan favourate untuk di pancing. Baru den tau. Tak le heran kalau lopeh ni bolih try menduga  di kawasan pantai Umang-Umang Chalet.. Promosi la.

                               13.0   Ikan Mandi Abu ( Kalau tak silap pendengaran le ) Nanti dah konferm pi
                                         edit. Agak-agak sobab warna le maka dapat nama sebegini.
Berjaya dikail pada hari Ahad 11.12.2011 di hadapan kawasan Umang-Umang Chalet. Dikhabarkan ikan ini tiada mempunyai nilai komersial. Rupa cantik macam siakap, jenak atau tebal pipi, tapi dikatakan tasteless. Apa-apa pun pertarungan semasa menaikkannya ya amat-amatlah mendebarkan hati.

                                 14.0 Yang ni tk yah introduction. Ikan Sembilang Laut.
Ikan ni kalu dibuat masak asam pedas weiiii mertua lalu pun tak sedar. Apa tak nya balik pancing badan ponat. Sampai rumah terus mendengkur. Memang mertua lalu kita tak sedar. Tip untuk buang hanyir mudah sahaja. No 1 paling penting. Pastikan basuh ikan dengan campuran air limau atau asam jawa campur sedikit garam. Air basuhan beras juga amat mujarab untuk buang bau hanyir ikan ini. Lepas tu masak asam pedas. Ikan baru jangan bubuh banyak sangat perencah.Hilang nanti keaslian rasa ikan. Masak asam pedas biasa bubuh sidikit daun limau purut. Tak percaya .. cuba try test baru tau.
Amaran, bisa sengat ikan ini hanya yang pernah kena sahaja yang tau. Boleh membusukkan daging kawasan yang tertusuk sengatnya. Silap-silap haribulan boleh pengsan dibuatnya. So bbbbbb v careful when handling ikan ini terutamanya masa nak cabut mata kail dari mulut ikan ini.

                                 15.0   Ikan Buntal sepisis.......... nanti kalu ada info edit
Salah satu spesis ikan buntal. Kerap meragut umpan dikala air laut surut keparas minima. Silap haribulan gemar  gigit tali pancing sampai putus kerana giginya berbentuk baji. Jangan sesekali dibuat gulai kerana racunnya boleh membunuh. Hanya orang Jepun dan orang Bajau Laut sahaja diketahui mempunyai kemahiran membuang racun ikan buntal. Tak payah cuba le.. Banyak ikan lain yang selamat dimakan tanpa was-was.
                                 

                                       16.0  Ikan Daun Baru / Ikan Telinga Gajah
                                 
Ikan ini agak mudah di temui di kawasan laut dihadapan chalet. Disetengah tempat dipanggil Daun Baru dan ada juga yang memanggilnya Telinga Gajah kerana bentunknya barangkali menyerupai telinga gajah. Sedap sekali dibuat gulai apa sahaja.


                                 17.0    Ikan Bebolos
Ikan Bebolos amat popular kepada pemancing di kawasan pantai berpasir. Setahu pokcik, ada dua habitat lazim yang amat digemari Bebolos untuk bersantai. Satu, di kawasan gigi air dan kawasan buih ombak menghempas pantai. Kalau nak pancing Bebolos di kawasan ini, gunakanlah mata kail sekecil mana yang ada di pasaran. Gunakan umpan perumpun pasir, isi udang atau isi sotong. Gunakan rod aksi paling  ringan. Tali pancing 6 lb sudah mencukupi. Gunakan batu ladung diikat secara hidup. Campak pancing dikawasan buih ombak. Pasti Bebolos akan mengena. Yang jadi masaalah ni kerana selalunya bila kita pancing pantai kita cuba baling sejauh mungkin. Tak jauh tak sah. Kang bukan Bebolos yang makan umpan. Duri, Gelama dan Ketam aja yang menjamah umpan. Habitat yang satu lagi ialah di kawasan beting pasir. Kalau dapat ada arus yang deras ketika air hendak surut atau mula pasang. Gunakan teknik dan peralatan yang sama seperti di atas. Wah, macam tak percaya. Bebolos yang menghuni kawasan ini bersais mega. 10 ekor boleh mencecah 1 kg. Cumanya pancing Bebolos tidaklah mencabar seperti pancing Siakap atau Jenak.

                                                                  18.0 Ikan Duri

19.0 Ikan Gelama
 
Siakap, Senohong, Gelama ikan Duri. Cakap bohong lama-lama mencuri. Bidalan orang doulu-doulu.Berpandukan fakta atau agak-agak, den tk tau le sangat. Ikan gelama dan ikan duri juga amat mudah di pancing di kawasan pantai sepanjang Negeri Melaka. Tidak ketinggalan juga di luar pantai Umang-Umang Chalet. Ikan ini semua orang pun pernah lihat. Bagi pemancing tegar tarikan ikan gelama amat menyentap kalbu. Alih-alih bila ditarik, maik ai. Sendiri mau tau. Tarikan ikan duri merenjut-enjut sampai ke permukaan. Kedua-duanya tak trill kapada kaki pancing kerana ikan ini bukan ikan grade A. Tu sebab amat popular untuk dibuat ikan masin. Dah jadi ikan masin sedaplah pulak digoreng begitu sahaja. Itulah sebabnya ada pantun orang doulu-doulu berbunyi sedemekian.
                      
Tikar pucuk, tikar mengkuang,
Alas nikah Raja Melayu
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

( Membawa maksud barang yang nampak tidak berharga jangan dibuang. Pada ketika yang lain mungkin ada kegunaannya dikemudian hari )

                                                         20.0  Ikan Kerapu Bunga
Wah wah wah.. Bila namanya disebut semua pemancing mengidamkan ikan spesis ini. Ikan grade A, semua orang tau amat popular dibuat masak Sweet Sour le weeii. Even bersais kecil tetapi bermulut besar dan lebar. Mata kail besar manapun tidak ada masaalah untuk melekat di mulut ikan ini.Tu le jangan bermulut besar dan bercakap besar. Padahnya sendiri mau tau. Suka bermain di tepi kawasan berbatu dan sekiranya di dasar laut, selalunya bersantai di kawasan batu karang. Sekiranya anda biasa memancing di tepi pantai yang mempunyai kawasan berbatu, hulur aja mata kail dekat dengan rock face tersebut.Silap-silap haribulan, anda akan terkejut berok kerana, kerapu akan menjadi habuan.

                                    21.0   Apa benda ini..( Umpun-Umpun Merah ) Red Sea Worm

Umpun-Umpun Merah boleh dijadikan umpan yang sangat mujarab bagi segala macam spesis ikan menghuni pantai pantai Barat Semenanjung. Di sebelah Pantai Timur tak pulak diketahui keberkesanannya. Kalau anda menyusuri Jalan Pantai  Port Dikson, Kuala Linggi, Telok Gong, Pengkalan Balak sehingga ke Tanjung Bidara Melaka, anda akan menjumpai gerai-gerai di tepi jalan menjual makhluk ini. Nak kenal gerai ini mudah sahaja. Selalunya komoditi ini dibubuh dalam plastik merah dan digantung untuk tatapan kaki pancing. Juga mesti ada papan iklan tertulis " Di sini ada jual Umpun-Umpun.  Yang malas tulis tu jadi pulak "Di sini ada jual PUN PUN".  Di tepi jalan menuju ke West Port, Klang, Selangor,  juga ada gerai menjual Umpun-Umpun ni. Ada pada satu ketika tu, mungkin tuan punya gerai melantik CEO foreigner untuk menguruskan gerai Umpun-Umpun ni. Ada ke papan iklan jadi " Di sini ada jual Perempuan " Ni bukan cerita Maharaja Lawak. Ni pokcik  menyaksikannya sendiri. Masa tu Pokcik ado projek kat West Port ma.  
Umpun-Umpun ni, setau Pokcik ado empat jenis. Yang bersais besar di panggil Jangkau. sederhana besar ni le Umpun-Umpun Merah, yang dijual dengan sarangnya sekali tu dipanggil Umpun-Umpun Sarang dan yang halus bercamur pasir mestilah Umpun-Umpun Pasir. Dah boleh agak dah. Ok. Ada sedikit pemerhatian dibuat untuk dikongsi bersama. Umpun-Umpun Pasir ditangkap di kawasan antara gigi air di kawasan pantai berpasir. Tabur dedak atau belacan dicampur air ke kawasan yang difirasatkan ada mahluk ni sedang menunggu mangsa. Nampak aja kepalanya cepat-cepat cubit dan tarik keluar. Umpun-Umpun Merah juga mengunakan teknik yang sama. Cuma kerana ianya suka mengigit maka gunakan sarong tangan jenis cotton untuk mencubit. Perlu kesabaran menunggu gigitannya baru boleh dipujuk keluar dari lubang. Alon-alon pak. Habitatnya agak berbeza jika dibandingkan dengan Umpun-Umpun Pasir. Kawasan berbatu bercampur berlumpur dan sentiasa ditengelami air laut ketika pasang adalah tempat bersemayamnya umpun-umpun jenis ini. Nak cari umtuk buat umpan memancing kenalah tunggu air surut keparas minima. Kawasan chalet ni juga ada terdapat umpun-umpun jenis ini. Tapi nak menangkapnya berilah kepada mereka-mereka yang lebih arif. Kita ni gi beli aja lagi sonang ba itu. Harga piawai bagi sebungkus RM 5.00 sahaja. 

22.0  Ketam Batu 
                                                                          
                                                                      23.0  Sejenis Kepah.

Coretan serba kekurangan ni untuk dikungsi bersama dan di tempelkan kat sini pada 13.12.2011. Ini bertujuan untuk dijadikan bahan bacaan dan tanpa berselindung sebagai mukadimah dan bahan  ( Promosi la tu ) sebelum Umang-Umang Chalet memulakan operasinya.

Bahan-bahan dari no.13 hingga 23 di kumpul pada 11.12.2011. Misi pertama mendug laut di hadapan Umang-Umang Chalet dengan mengunakan bot fibreglass 14kaki dengan enjin sangkut berkuasa 15 kuda.

Untuk saja-saja.. Pantun Dondang Sayang Orang Melaka.

Di sana teluk di sini landai,
Tempat abang menyorong perahu,
Kanan memeluk kiri melambai,
Angkat kening memberi tahu.


Tahun Baru sudah menjelma. Pada Tanggal 1.1.2012 pokcik kembali lagi setelah memperolehi bahan-bahan untuk dikongsi bersama. Bukan senang nak dapat cerita tempatan dan gambar yang berkaitan dengan cerita dongeng yang pokcik nak tulis. Napa ?  tak caya ka.. Sendiri cuba la baru tau..Nak ambik gambar kadang2 bateri kong la..tak bawak kamera la..hujan la..panas la..seribu macam la..last2 dapt juga sedikit bahan untuk dibuat cerita dongeng pokcik ni ha..Nanti ada masa pokcik story..sabo tunggu . 


24  Ikan Malong
Ikan ini banyak tulang, sehingga dalam daging ikan ini juga mengandungi banyak tulang. Sukar untuk dijadikan hidangan istimewa kerana masaalah ini. Spesis ini dinaikan mengunakan rawai. Sehingga kini sudah 5 ka 6 ekor berjaya di daratkan dengan teknik rawai bottom. Termasuk spesis ini, sudah banyak spesis ikan yang telah di naikan di kawasan laut Umang-Umang Chalet. Apa itu rawai? Kepada nelayan atau kaki pancing, rawai bukanlah suatu peralatan menangkap ikan yang asing. Gambar di bawah, adalah satu set rawai tradisional untuk laut.

                                                        25.    Rawai Aksi Pertengahan
Rawai ini kepunyan nelayan tradisional yang berkerja secara sambilan di tapak pembinaan Umang-Umang Chalet. DIY, 90 mata sais 8 mengunakan perambut tali tangsi 50 poun. Tu sebab pokcik katagorikan Aksi Pertengahan sahaja. Heavy Duty DIY Rawai boleh mencecah 1000 mata satu set. Rawai ini telah di labuhkan sebanyak dua kali di hadapan laut Umang-Umang Chalet pada akhir tahun 2011. Teknik DIY rawai tradisional boleh di pelajari dengan meneliti rekabentuk rawai itu sendiri.Quite simple tetapi memerlukan sedikit pengalaman. Sekiranya tiada pengalaman dikuatiri akan membazirkan peralatan dan membuat kerja dua atau tiga kali dengan hasil yang kurang memuaskan.

                                           26 Satu lagi set rawai Aksi Pertengahan.
Set rawai ini juga sama rekabentuknya dengan set rawai di atas. Cumanya set rawai ini mengunakan perambut tali nylon, sama seperti tali utama. Set ini mengandunggi 200 mata sais no 8 dan juga dilabuhkan di hadapan Laut Umang-Umang Chalet pada waktu dan hari yang sama seperti set di atas.
Keputusan hasil tangkapan agak mengecawakan. 2 ekor ikan malong, seekor ikan depu dan dua tiga ekor ikan duri.Inilah yang dikatakan rezeki kurniaan Allah. Kita sebagai hambanya, Pertam: perlu mencuba, ke Dua: sentiasa memperbaiki dan Ke Tiga: sentiasa berusaha sebelum akhirnya menyerah pada takdir.

                                                  27 Ikan Gerut-Gerut
Ikan ini banyak terdapat di kawasan pantai sekitar Umang-Umang Chalet. Berjaya di pancing sekiar akhir tahun 2011. Dimaklumkan bahawa sekiranya sais ikan ini lingkungan 0.5 kg ianya di panggil ikan Serkut. Kalu besar lagi dipanggil Tebal Pipi.. Betul atau tak..sapa-sapa yang ada info minta pencerahan.

                                             28  Ketam Bokap dah dapat nama ketam ni.
Percaya atau tidak.. ketam ini terkena mata rawai. Walau nampak berperisai tapi sendi antara sepit ketam ini mempunyai kulit lembut. Di situlah kelemahannya sehingga mata rawai terlekat dan mengakibatkan ketam ini tertewas.

                                                29  Ikan Serkut                            
Lingkungan 500gm, ikan ini diperolehi dengan set rawai DIY juga. Termasuklah dua ekor ikan kerapu di bawah dan juga ketam di atas. Set rawai yang Pokcik maksudkan, gambarnya belum sempat Pokcik ambil untuk dikongsi dengan sesiapa yang berminat dengan benda-benda macam ini.Ada sedikit perbedzaan set DIY Pokcik dengan set nelayan iaitu dari segi rekabentuknya. Pokcik story kemudian setelan Pokcik tempel gambar set tersebut. May be rezeki juga memainkan peranan penting. Not only the set governed the hasil tangkapan.

                                            30 Kerapu Lilin
Dikhabarkan harganya boleh mencecah RM45.00 per Kg. Entahlah, yang pasti the top one is around 2kg ang the bottom one ia at around 1.5kg. Dah nak jadi rezeki. Dimasak kari dan asam pedas untuk menikmati bahagian kepalanya.  

31 Ikan Tetanda
Ia ka kalau bersais besar dipanggil Jenahak/Jenak. Sapa-sapa boleh confirm pls comment. Ilmu perlu disebarkan dan dikongsi bersama.

                                                        32 Ikan Bayan
Juga dipancing di laut hadapan Umang-Umang Chalet. This place seem banyak spesis bersantai.

36 Pemandangan untuk penyejuk mata

                                 37 Satu lagi gambar penyejuk mata

                                38 Sunset ( Lambayung Senja )
Ini bukan lokasi ikan. Cuma mengkagumi keindahan alam ciptaan Tuhan. Waktu dinihari dan senja adalah waktu yang amat nostalgic....Bagi pencinta alam dan sesiapa yang berjiwa sentimental.

                                39  Serpihan Atifek
Serpihan tembikar lama yang ditemui di sekitar kawasan Umang-Umang Chalet. Masih banyak sejarah yang perlu diselidiki.

                                   40 Muara Sungai ( Kuala Linggi Melaka side )
                                        Salah satu tempat menarik berdekatan Umang-Umang Chalet
Jambatan menuju ke Restoren Terapung Kuala Sungai Linggi Melaka. Menyediakan makanan laut dan alakad. Kunjungan anda terutamanya di waktu matahari hampir terbenam akan membawa kenangan indah sepanjang hayat. Tempat-tempat sebegini harus dipelihara keasliannya dan sama-sama dijaga kebersihannya.

                                41 Restoran Terapung Kuala Sungai Linggi.

(Posted on 31.12.2011 ) Akhir kata dalam Post ini .. Tahun 2012 baru menjelang.
Do believed, setting up clear  target, planed firmed time frame, focus 110% to achieve the target set, Insyallah .

                               42 Ikan Pari Lalat/ Harimau
 Mana satu nama yang tepat bagi spesis ini kurang pasti.Yang hampir pasti ialah, jika dilihat dari bahagian atas ianya berkulit berbintik-berbintik macam tahi lalat. Makanya dinamakan Pari Lalat. Dipanggil jugak Pari Harimau agak-agaknya kerana berjalur macam harimau. Nama-nama diperolehi dari sumber nelayan tempatan. Ikan ini ditangkap mengunakan rawai DIY. Berat lebih kurang 3kg, menghuni kawasan beting pasir di laut di hadapan chalet. Rawai dipasang pada petang hari pertama Tahun Baru China. 23.1.2012 dan rawai di angkat pada keesokan harinya. Inilah hasil yang diperolehi.

                                 43 Ikan Kapas
  Ikan ini juga diditangkap bersama-sama ikan pari di atas.(23.1.2012 ) 0.5Kg sahaja. Berkulit tebal  
  tetapi mempunyai rasa yang baik bila dimasak kari.
  (SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CHINA 23/24. 1.2012 TAHUN NAGA AIR.)


   Sedar tak sedar bulan Januari sudah berlalu. Bulan Febuari  pula menjelma. 15.2.2012 pokcik bersantai dengan bot bersama kekawan. Ikan besar tak sangkut. Rawai Diy juga tidak mendatangkan hasil setelah direndam dan diganti umpan sebanyak 4 kali... Rupanya nasib nelayan nergantung pada usaha dan tuah.Hari ini boleh dapat RM 300 sehari ..esok lusa belum tahu. Kalau mencari ikan sebagai hobi mungkin ok..tapi kalau dijadikan karear ..kalau secara kecil kecilan amat mencabar la jawabnya. Pokcik bersyukur sangat2 kerana Allah sentiasa memurahklan rezeki pokcik setakat ini.Rezeki dari segi kesihatan badan, rezeki dari segi diberi masa terluang dan rezeki dipermudahkan dalam segala urusan yang dirancang.

                      44. Ikan Helikopter.. dipancing pada 15.2.2012. Pangilan diberi oleh nelayan
setempat. Rasa-rasa kalau disimpan dalam ekorium cantiklah sangat.Taktaulah pulak kalau jenis ini boleh dibuat gulai.       


      45. Satu lagi spesis ikan buntal.Direkodkan untuk tatapan dan simpanan.
                
                               

                                46 Remis..
     Bersais kecil ..menghuni kawasan pantai UmangUmang chalet.
     Budak-budak pi kutip masa mandi.Pakai tapis plastik ..ayak bersama pasir  
     pantai.Ketepikan remis dan buang pasir tadi untuk mendapatkan remis.Rebus
     begitu sahaja untuk suka-suka kerana isinya manis dan sedap.Macam tak sesuai
     untuk buat lauk. Kecik sangat.

         47. Melopong, sambil menunggu sotong kureta keluar dari lubang
  persembunyian. Teknik mencari sotong kureta semasa air surut tahap paling 
  minima.Kata si  pencari untuk dijadikan umpan memancing kerapu,jenak dan ikan
  grade A .  Pokcik cuma ringankan mulut untuk bertanya kepada pakar ini.Lepas ni
  kalau ada masa pokcik cuba le sendiri teknik yang diajar ni.


              Kawasan sebelah hujung pantai Umang Umang Chalet tempat persembunyian sotong
              kureta.Digigi air di kawasan berbatu inilah tempat yang paling sesuai untuk
             mengintai sotong tersebut.Dikhabarkan sotong akan sekali sekala memancutkan air
             dari dalam lubang persembunyianya. Sebut pasal intai ni..dilarang keras
             menjalankan kerja-kerja mengintai benda benda lain daripada sotong, penyu
             bertelur dan sepisis ungas lainnya . Intai orang ..ni yang paling ditegah.


                                 Dikhabarkan setelah dikenalpasti lubang yang mengeluarkan pancutan air..disimbah kawasan tersebut dengan air tembakau..yang merah tu ialah air tembakau.Tunggu sampai sotong keluar dan tangkap mengunakan cangkok kecil, berhulu panjang sekaki. Dikatakan air tembangkau berfungsi untuk menarik perhatian sotong untuk keluar dari lunbang persembunyianya serta mabuk jadinya kerana terkena air tembakau tersebut. Kesimpuanya sepandai-pandai sotong meramalkan keputusan bolasepak piala dunia, rupa-rupanya jatuh juga ketangan manusia yang digelar sebagai pemancing tegar. Tu sebab hobi memancing ni mendapat pengiktirafan dunia kerana orang-orang yang bergiat dalam dunia pemancingan ini adalag terdiri daripada orang-orang yang bijak belaka.
 Sesedara, kalau ada apaapa benda yang menarik , do please kongsi dengan pokcik. Pokcik akan sebar-sebarkan untuk menceriakan hari-hari mendatang. Coretan dibuat pada 15.2.2012. Sebelum beredar pada kali ini, pokcik nak perbetulkan info mengenai Pokok Bidara. Pokok yang dalam gambar di atas adalah Pokok Berembang dan bukan Pokok Bidara. Pokcik dah jumpa spesis Pokok Bidara ni. Dah dapat gambar, nanti pokcik tempekkan kan cini.

48. Mencari Remis di Pantai Umang-umang Chalet Kuala Linggi, Melaka. (25.3.2012)


 Mencari remis mungkin menjadi past time yang menyeronokan sekiranya dilakukan bersama keluarga.
 Cara mencarinya amat mudah sekali. Kais pasir dipantai Umang-umang Chalet, Kuala Linggi Melaka
 Anda pasti menjumpainya. Saisnya terlalu kecil. Macam makan kuichi aja kalau dah direbus.Macam
 artikal di atas. Masak dengan rebus begitu sahaja. Taruk sedikit serai. Makan bersama-sama anak cucu. Amat menyeronakan.

                               49. Pokok Bidara ( di rakam pada 25.3.2012 )


  Ini memang Pokok Bidara. Buahnya boleh dimakan. Jumpa pokok ini pun di hadapan Chalet
  kawan ( Bidara Beach Lodge ) di tepi pantai Tanjung Bidara. Sudah barang pasti  nama Pantai
 Tanjung Bidara yang sudah barang pasti popular itu juga diambil dari nama pokok ini.


                                50. Siput Karang ( dirakamkan pada 25.3.2012 )


Ahad 25.3.2012 pcb ralit melihat sorang hamba Allah ni duduk di tepi pantai Umang-Umang Chalet ni. Rupanya dia sedang menunggu air surut paling minima kerana batu karang di tepian pantai akan timbul di mana siput ni bersembunyi di celah-celah rekahan batu karang tersebut. Dengan peralatan penyangkuk dan sebuah beldi untuk mengutip hasil tangkapan bro ni mulakan operasi setelah air betul-betul surut. Pcb mengikut sedara ni sambil merakamkan cara-cara mengutip siput tersebut. Tak lah susah sangat kalau guna penyangkuk ni. Kalau guna tangan pasti tak beroleh hasil kerana siput ni duduk di kawasan paling sempit di celah batu sehingga menyukarkan untuk mengambilnya kalau guna bare hand. Nasib baik ketam batu juga boleh ditangkap dengan teknik ni. Kesimpulan agak-agaknya semua jenis siput yang menghuni laut boleh di jadikan lauk yang enak jugak. Sama-sama kita confirm statement pcb ni.Betul ke dak..